Bahan Bantuan China Diserahkan kepada Palestin

(CRI)Selasa 05 Disember 2023

Majlis menandatangani Sijil Penyerahan Bahan Bantuan Kemanusiaan Kecemasan dari Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Palestin kepada Genting Gaza Palestin diadakan di Kaherah pada 3 Disember waktu tempatan.

Duta China ke Mesir Liao Liqiang, Duta Palestin ke Mesir Diab Al Louh, dan Pengarah Eksekutif Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir Ramy El-Nazer menghadiri majlis tersebut.

"China telah menghulurkan sejumlah 40 trak bekalan bantuan, termasuk bahan bantuan bencana, bahan kesihatan dan perubatan," kata Ramy.

Liao Liqiang ketika berucap pada majlis tersebut menyatakan bahawa China sentiasa memainkan peranan sebagai negara besar yang bertanggungjawab sejak tercetusnya konflik Palestin-Israel.

"Presiden China Xi Jinping baru-baru ini menyatakan bahawa bagi meredakan ketegangan situasi kemanusiaan di Gaza, China akan menyediakan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Mesir.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Ramy yang menjayakan penghantaran bahan bantuan terbabit," kata Liao.

Selain itu, Duta Palestin Diab Al Louh pula menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada China atas sokongan dan bantuannya kepada rakyat Palestin selama ini.

Untuk rekod, bahan bantuan kemanusiaan yang disumbangkan oleh China akan dihantar ke Gaza secara berkumpulan. Kumpulan pertama telah pun dihantar ke El-Arish, Mesir dari Kaherah pada 28 November, dan akan dihantar ke Gaza melalui pintu masuk Rafah.

Video

Berita Berkaitan