AS Digesa Dorong Gencatan Senjata Palestin, Israel

(CRI)Rabu 13 Disember 2023

Istana Presiden Palestin mengeluarkan kenyataan pada Selasa, menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) memikul tanggungjawab untuk mendorong gencatan senjata antara Palestin dan Israel.

Kenyataan itu juga mengutuk dan menentang kenyataan Netanyahu mengenai rancangan pasca perang di Genting Gaza, sambil mengulangi bahawa kenyataan Netanyahu mengenai kemungkinan pelancaran operasi ketenteraan berskala besar di Tebing Barat akan memburukkan situasi Palestin-Israel, malah akan mengheret seluruh rantau itu "ke dalam kancah peperangan yang tidak berkesudahan".

Video

Berita Berkaitan