- Lain-lain
China, AS Ikrar Perkasa Sinergi Tangani Perubahan Iklim
China dan Amerika Syarikat (AS) menghargai Kenyataan Sunnylands mengenai pemerkasaan kerjasama bagi menangani krisis iklim, di samping mencapai konsensus berhubung pelaksanaan tindakan iklim pada masa hadapan.
Demikian dinyatakan Duta Khas China bagi Hal Ehwal Perubahan Iklim, Xie Zhenhua dan Duta Khas Presiden AS untuk Iklim, John Kerry dalam sidang media sempena Persidangan Pihak-Pihak ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) di sini, Rabu.
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
"Kami sepakat untuk menilai strategi jangka panjang masing-masing berkenaan tindakan iklim mengikut keperluan Perjanjian Paris serta hasil dicapai COP28."
"Berdasarkan itu, kami akan mengemas kini NDC dan mengubah suai keseluruhan strategi pembangunan jangka panjang bagi memastikan Perjanjian Paris dapat dilaksanakan dengan baik," kata Xie.
Dalam pada itu, Kerry berkata menurut Kenyataan Sunnylands, China dan AS bersetuju mempercepat aturan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di kedua-dua negara untuk menggalakkan penggantian penjanaan kuasa berasaskan arang batu, minyak dan gas.
"Kami gembira melihat kerjasama China-AS dapat membantu menggerakkan usaha dilakukan satu sama lain, malah mencipta peluang untuk persidangan iklim kali ini dengan menawarkan cadangan yang substantif," ujar beliau.
- China Berusaha Galak COP28 Capai Kejayaan
- COP28 Fokuskan Pembinaan IoE Global
- Dialog Usahawan Antarabangsa di UAE mengenai Pembangunan Lestari
- Dorong Pelaksanaan Matlamat Kerangka Kunming-Montreal
- Penghargaan Positif terhadap Peranan Pengerusi China dalam COP15 CBD
- Ucapan Xi Sempena COP15 Dapat Pujian
- Harap GBF Pasca 2020 Dimuktamad Secepat Mungkin
- Ganding Bahu Dorong Simbiosis Manusia dan Alam: Xi
- Fasa Kedua COP15 Capai Kemajuan Positif
- Xi Bakal Berucap pada Perasmian Segmen Peringkat Tinggi Fasa 2 COP15