Gaza Tempat Paling Berbahaya bagi Kanak-kanak: UNICEF

(CRI)Rabu 20 Disember 2023

Genting Gaza disifatkan sebagai 'tempat paling berbahaya di dunia' bagi kanak-kanak.

Demikian kata jurucakap Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) selepas meninjau kawasan berkenaan pada Selasa.

Menurut jabatan kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 19,667 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 52,000 lagi cedera di Gaza sejak tercetusnya konflik Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.

Dengan tibanya musim sejuk, kehidupan penduduk tempatan bertambah sulit ekoran cuaca buruk dan kekurangan bekalan.

Video

Berita Berkaitan