Majlis Anugerah Persahabatan Jalan Sutera Ke-3 Diadakan di Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 29 Disember 2023

Majlis Anugerah Persahabatan Jalan Sutera edisi ketiga diadakan di Beijing pada 27 Disember, anjuran Pusat Pertukaran Budaya Antarabangsa China dan majalah Global People dari People’s Daily.

Majlis dihadiri Yang Chuantang, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) merangkap Pengerusi Pusat Pertukaran Budaya Antarabangsa China, dan Naib Presiden People’s Daily, Hu Guo. Naib Pengerusi Pusat Pertukaran Budaya Antarabangsa China Li Baodong, He Jianzhong dan Xu Lirong turut hadir menyerikan acara.

Program tahun ini bertema Ceritakan Kisah Pembina Jalur dan Laluan. 11 daripada lebih 100 calon yang berasal dari Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania diberikan anugerah “Utusan Persahabatan Jalan Sutera”.

Majlis itu turut dihadiri diplomat dari lebih 10 negara dan lebih 300 wakil dari dalam dan luar negeri, meliputi pelbagai lapisan masyarakat yang prihatin dengan Inisiatif Jalur dan Laluan.

Video

Berita Berkaitan