Kapal Kargo Tianzhou-7 Diangkut ke Tempat Pelancaran

(CRI)Selasa 16 Januari 2024

Kombinasi kapal angkasa lepas kargo Tianzhou-7 dan roket pembawa Long March-7 Y8 telah diangkut ke kawasan pelancaran pada Isnin.

Setakat ini, keadaan fasiliti dan peralatan di Tapak Pelancaran Angkasa Wenchang berada dalam keadaan baik. Tindakan selanjutnya akan dilakukan seperti pemeriksaan fungsi sebelum pelancaran dan ujian bersepadu.

Tianzhou-7 dijadual akan dilancarkan pada masa sesuai dalam waktu terdekat ini.

Video

Berita Berkaitan