PM Sementara Pakistan Bertemu Menteri Luar Iran

(CRI)Selasa 30 Januari 2024

Perdana menteri kerajaan sementara Pakistan, Anwaar-ul-Haq Kakar bertemu dengan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian di Islamabad pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, Kakar menzahirkan keazaman pihaknya untuk mengukuhkan lagi hubungan erat dengan Iran, sambil menegaskan dua negara harus bekerjasama menangani cabaran didepani bersama.

Pada hari sama, Kementerian Luar Pakistan menerusi satu kenyataan berkata Pakistan dan Iran akan membina mekanisme penyelarasan bersama peringkat menteri luar, yang berfungsi memantau dan membimbing agenda berkaitan kemakmuran dan pembangunan kedua-dua negara ke arah mencapai kemajuan.

Video

Berita Berkaitan