Rusia Berkabung, Tahan Empat Penyerang

(CRI)Isnin 25 Mac 2024

Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan 24 Mac sebagai hari berkabung nasional susulan tragedi serangan pengganas yang berlaku di pinggir Moscow.

Dalam ucapan menerusi televisyen pada Sabtu, Putin mengesahkan empat penyerang yang terlibat secara langsung dalam serangan di Dewan Bandaraya Crocus sudah diberkas.

Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan Rusia, jumlah kematian akibat serangan dahsyat itu meningkat kepada 115 orang.

Video

Berita Berkaitan