China Seru Anggota WTO Tingkat Kerjasama Dagangan Produk ICT

(CRI)Jumaat 12 April 2024

China merayu supaya kerjasama lebih rapat dijalin dalam perdagangan membabitkan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang turut mendapat sahutan anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

China menyerahkan usul kepada WTO berhubung tindakan menjaga operasi mantap Perjanjian Teknologi Maklumat (ITA) serta meningkatkan relevansinya, pada Khamis.

Adalah disyorkan bahawa WTO menyiarkan laporan dagangan global mengenai produk ICT setiap tahun, berusaha menghapuskan halangan perdagangan produk berkaitan dan mengukuhkan lagi komunikasi antara pemain industri dan pembuat dasar.

Video

Berita Berkaitan