Ribuan Penduduk Terpaksa Berpindah Akibat Kebakaran Hutan di AS

(CRI)Selasa 04 Jun 2024

Kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada petang 1 Jun waktu tempatan, masih berterusan, menyebabkan beribu-ribu penduduk terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat.

Menurut laporan media tempatan, kebakaran hutan itu telah merebak ke kawasan lebih 56 kilometer persegi di sekitar bandar Tracy, tengah California sehingga petang 2 Jun lalu.

Kini punca kebakaran masih dalam siasatan.

Video

Berita Berkaitan