TEPCO Selesai Fasa Ketujuh Pelepasan Air Radioaktif Fukushima

(CRI)Rabu 17 Julai 2024

Loji kuasa nuklear Fukushima telah menyelesaikan pelepasan air radioaktif ke laut untuk fasa ke-7 pada tengah hari Selasa.

Pelepasan tersebut melibatkan 7,846 tan air radioaktif yang dimulakan pada 28 Jun, menurut Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO).

Pelepasan itu menimbulkan kemarahan orang awam di negeri Jepun. Rakyat dan pakar tempatan menyifatkan tindakan kerajaan dan TEPCO yang tidak memastikan keselamatan terjamin itu sebagai amat tidak bertanggungjawab.

Video

Berita Berkaitan