Bank Pusat China Turunkan Kadar Dasar Jangka Pendek

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 22 Julai 2024

Bank pusat China pada hari Isnin menurunkan kadar faedah pada repo berbalik tujuh hari daripada 1.8 peratus kepada 1.7 peratus.

Bank Rakyat China (PBOC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara dalam talian memaklumkan bahawa langkah itu bertujuan untuk mengukuhkan pelarasan balas kitaran untuk menyokong ekonomi sebenar dengan lebih baik.

Untuk rekod, repo berbalik merupakan proses bank pusat membeli sekuriti daripada bank komersial melalui pembidaan, dengan perjanjian untuk menjualnya semula pada masa hadapan.

Difahamkan, PBOC melaksanakan repo berbalik tujuh hari sebanyak RMB58.2 bilion (kira-kira AS$8.16 bilion) pada kadar faedah 1.7 peratus.

“Operasi itu adalah untuk memastikan kecairan yang munasabah dan mencukupi dalam sistem perbankan,” kata PBOC.

Video

Berita Berkaitan