PM Malaysia Hargai Usaha China Jadi Pemudah Cara Isu Palestin

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menyifatkan Deklarasi Beijing sebagai amat penting khususnya dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin, selain turut mengalu-alukan persefahaman dan perpaduan antara Fatah dan Hamas yang pastinya akan memperkukuh solidariti warga Palestin.

Dalam satu kenyataan rasmi pada Selasa, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan China yang memudahcara pertemuan dan perbincangan antara Fatah, Hamas dan dua belas fraksi lain yang membentuk perjuangan Palestin.

“Saya amat berharap bahawa deklarasi perpaduan ini benar-benar diterjemahkan di semua peringkat dengan jayanya, serta dalam menongkah tantangan di masa hadapan.

“Perakuan antarabangsa menjadi yang terpenting saat ini, dan saya menggesa Kerajaan di seluruh dunia yang belum memperaku Negara Palestin untuk segera memperakuinya, selain memberi sokongan kepada deklarasi perpaduan ini,” ujar Anwar.

Video

Berita Berkaitan