- Lain-lain
Tempa Nama dalam Sejarah Sukan Olimpik, China Tiga Emas Sehari
(Xinhua/Wan Xiang)
Pemain tenis negara China, Zheng Qinwen muncul sebagai johan acara perseorangan wanita dalam Sukan Olimpik 2024 selepas mengalahkan pemain dari Croatia, Donna Vekic dengan 6-2, 6-3 di Roland Garros, Paris pada malam Sabtu waktu tempatan, dan berjaya membawa pulang pingat emas China yang pertama bagi acara tersebut dalam sejarah Sukan Olimpik.
Menurut Qinwen, berjuang hingga saat terakhir adalah keazaman yang dibuatnya sebelum bermulanya pertandingan. “Saya tidak memberikan jalan berundur kepada diri sendiri, dan hanya berjuang sehingga mencapai kemenangan,” katanya.
(Xinhua/Liu Xu)
Pada hari yang sama, dua pemain negara China bertemu dalam perlawanan akhir acara perseorangan wanita Ping Pong, dan akhirnya Chen Meng menudukkan Sun Yingsha dengan 4-2. Pingat emas acara ini tidak pernah tercicir pada tangan pemain negara asing sejak acara Ping Pong tersenarai sebagai acara rasmi Sukan Olimpik pada tahun 1988.
(Xinhua/Ren Zhenglai)
Pasukan China juga berjaya meraih pingat emas dan perak pada satu masa setelah pertandingan akhir acara beregu wanita badminton berakhir, yang dijuarai pasangan Chen Qingchen dan Jia Yifan.
Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Olimpik Paris: Pemain Tenis China Hadiah Rekod Baharu Buat Negara
- Olimpik Paris: China Catat Rekod Baharu, BMX Dapat Emas Pertama
- Hari ke-3 Olimpik 2024: Pemenang Pingat Emas Bersinar di Paris
- China, IOC Sedia Tingkatkan Kolaborasi, Majukan Gerakan Olimpik
- Han Zheng Hadir Upacara Perasmian Olimpik Paris
- Sukan Olimpik Paris 2024 Buka Tirai
- Olimpik Paris: Naib Presiden China Mahu Atlet Jadi Duta Pertukaran Budaya
- Zheng Haohao--Pemain Negara Termuda Skuad Papan Selaju China untuk Sukan Olimpik 2024
- Kontinjen China Disambut Mesra di Paris
- Olimpik 2024: Kontinjen China Tiba di Paris