Li Qiang Ucapkan Tahniah kepada PM Singapura Lawrence Wong

(CRI)Jumaat 09 Ogos 2024

Perdana Menteri China Li Qiang mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong sempena Hari Kebangsaan ke-59 republik itu.

Li dalam kawat tahniahnya berkata, hubungan China-Singapura berkembang mantap manakala kepercayaan politik antara kedua-dua negara kian diperkukuh.

Beliau menzahirkan kesediaan untuk mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang rapat dengan Lawrence Wong, memperkasakan komunikasi dan koordinasi, mendorong kerjasama kedua-dua negara dalam pembinaan pemodenan, menggalakkan hubungan kedua-dua negara dan kerjasama dalam pelbagai sektor mencapai hasil baharu, bersama-sama memajukan hubungan perkongsian berorientasikan masa depan yang merangkumi seluruh aspek dan bermutu tinggi agar membawa manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyatnya.

Video

Berita Berkaitan