Misi Menyelam Kali ke-300 "Jiaolong" Berjaya

(CRI)Isnin 19 Ogos 2024

Pasukan Ekspedisi Saintifik Pelayaran Antarabangsa Pasifik Barat 2024 China telah tiba di zon operasi pertama di perairan bahagian barat laut Pasifik dengan menaiki kapal "Shenhai-1" pada malam Sabtu. Seterusnya, kapal selam bermanusia "Jiaolong" berjaya memulakan dan menyelesaikan operasi julungnya di zon itu, yang juga merupakan kali ke-300 sejak Mac tahun 2009.

Pelayaran antarabangsa Pasifik Barat 2024 yang dikendalikan Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Laut China dan dilaksanakan oleh Pusat Pengurusan Pangkalan Laut Dalam Kebangsaan, merancangkan 18 operasi penyelaman di 3 zon Pasifik Barat bagi memantau biome gunung laut, menguasai posisi gunung laut, ciri-ciri persekitaran dan komponen biome, yang kesemuanya akan dijadikan pucuk pangkal bagi "Program Habitat Tipikal Laut Dalam Digital" (Digital DEPTH) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Video

Berita Berkaitan