- Lain-lain
Penerbangan Pengangkutan Kargo Urumqi-Barat Daya England Beroperasi
Pesawat SE900 European Cargo Airline yang bertolak dari Bournemouth, Britain telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Diwopu di bandar Urumqi, wilayah Xinjiang China pada Ahad, menandakan bermulanya operasi laluan penerbangan pengangkutan kargo pertama antara Urumqi dengan kawasan barat daya England.
Penerbangan kargo sewa khas muatan barangan e-dagang rentas sempadan seberat lebih 60 tan yang dikendalikan pesawat jenis A340-600 milik European Cargo Airline kali ini, dilaporkan merupakan antara 4 slot dalam jadual mingguan dengan setiapnya memakan masa perjalanan sebanyak 8 jam.
Pengoperasian laluan penerbangan ini bukan sahaja berperanan sebagai satu saluran baharu bagi pengangkutan kargo antarabangsa Urumqi, malahan juga berfaedah bagi peningkatan import eksport di peringkat kebangsaan China.
Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?