- Lain-lain
Tarikan Ais di China Menonjol Pada Pameran Pelancongan Singapura
(foto/VCG)
Agensi pelancongan Singapura telah melancarkan laluan musim sejuk ke China pada Festival Kembara NATAS pada Sabtu, bagi memberi peluang kepada pelancong dari negara pulau tropika itu untuk menikmati pelancongan ais dan salji, lapor agensi berita Xinhua.
Berlangsung selama dua hari, lebih 70 pempamer termasuk ejen pelancongan, syarikat penerbangan, pengendali pelayaran, dan hotel telah menyertai pameran pelancongan yang diadakan oleh Persatuan Ejen Pelancongan Kebangsaan Singapura (NATAS).
Salah seorang pempamer, Sherwin Seow ketika diwawancara Xinhua berkata pihaknya mempromosikan laluan eksklusif selama sembilan hari ke Provinsi Heilongjiang di utara China yang mempunyai pemandangan unik pada musim sejuk susulan terdapatnya permintaan besar menjelang penghujung tahun ini.
Menurutnya, antara pakej yang termasuk adalah melawat Dunia Ais dan Salji di Harbin, menaiki kereta api mewah Lindu No.2 akan membawa penumpang ke Kampung Salji yang terkenal, Tasik Jingpo, hutan bersalji, dan tarikan lain di dunia kristal.
Tambah Seow, lawatan ke China semakin popular merupakan susulan daripada dasar pengecualian visa bersama yang membolehkan rakyat Singapura berada di China sehingga 30 hari.
Lapor Xinhua, perjalanan ke Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, Gunung Changbai di Provinsi Jilin, atau Mohe, bandar paling utara China, juga merupakan antara pilihan yang mendapat sambutan baik semasa pameran tersebut berlangsung.
Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Kisah Seorang Pemuda China, Berbasikal Rentas Asia Tenggara
- Duta Besar China ke AS: Jom Melancong ke China Tanpa Ragu-ragu
- Aktiviti Pelancongan Warna-warni Rangsang Perbelanjaan
- China Alu-alukan Lebih Ramai Pelancong
- China Ikrar Terima Pelancong Seluruh Dunia Dengan Tangan Terbuka
- Trend Pakai Baju Tradisional di Muzium Tular di Luoyang
- Pakai Hanfu Melancong, Trend Pemuda China
- Pelancongan Tema Angkasa Lepas di Gurun Gobi
- Pelan Pelancongan Cuti Tahun Baharu Hangat di China
- Trend Jalan di Bandar Tonjol Gaya Hidup Perlahan, Karbon Rendah