MOTAC: Pelancong China Melonjak 1.9 Kali Ganda

(Foto/Xinhua)

(Foto/Xinhua)

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia memaklumkan pada 19 Ogos bahawa, jumlah pelancong China ke Malaysia pada separuh pertama tahun ini mencatat 1.45 juta orang, iaitu kira-kira 12.3% daripada jumlah pelancong asing.

Angka tersebut meningkat 1.9 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menjadikan China sumber pelancong asing ketiga terbesar bagi Malaysia.

Turut dimaklumkan, pengecualian visa antara kedua-dua negara adalah faktor utama bilangan pelancong China meningkat pesat.

Menurut anggaran kementerian, jumlah penumpang penerbangan terus antara China dan Malaysia setiap minggu akan melebihi 100,000 orang pada separuh kedua. Jumlah pelancong China ke Malaysia juga dijangka akan terus meningkat.

Video

Berita Berkaitan