Pasukan Pengaman Tak Boleh Campur Tangan Urusan Dalaman di Negara Berkonflik

(CRI)Selasa 10 September 2024

Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak sepatutnya melakukan intervensi terhadap hal ehwal dalaman di negara yang berkonflik, malah menjadi suatu pihak dalam konflik di negara itu.

Demikian dinyatakna Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong dalam satu sesi perdebatan tentang transformasi misi pengaman pada Isnin.

Menurut beliau, kontinjen pengaman PBB yang diberi mandat teras bagi memelihara kestabilan komprehensif, seharusnya menumpukan kepada misi pertolongan tetapi bukanlah menggantikan pihak berkuasa tempatan. Sementara itu, mandat teras yang terbabit semestinya mencerminkan keadaan benar di negara yang berkonflik itu, dan sejajar dengan keutamaan yang ditekankannya, tetapi bukanlah prioriti politik dalam bidang yang lain bahkan "pilihan politik yang betul didahulukan".

Video

Berita Berkaitan