CIFTIS 2024: Elemen Teknologi, Robot, dan Acara Sisipan Warnai CIFTIS 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 14 September 2024
CIFTIS 2024: Elemen Teknologi, Robot, dan Acara Sisipan Warnai CIFTIS 2024
Kedutaan Besar negara asing di Beijing turut memanfaatkan peluang pada Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 mempromosikan produk berkaitan negara masing-masing. (People's Daily Online/Yang Chunyan)

BEIJING, 14 Sept. (Ahmad Syukri Azmi/Yang Chunyan) – Memasuki hari kedua berlangsungnya Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Shougang, para pengunjung dari pelbagai negara turut dilihat memeriahkan dan menghayati produk-produk yang diperkenalkan oleh pempamer.

Seorang pelawat dari Malaysia, Afini Narawi ketika ditemui People’s Daily Online menyifatkan pameran yang mempertontonkan produk berkaitan robot dan teknologi maklumat itu sebagai sangat maju.

Beliau yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Sarawak berkata ia merupakan kali pertama beliau ke pameran itu, dan berharap akan menawarkan lebih banyak papan tanda dalam bahasa Inggeris bagi memudahkan pelawat asing.

Seorang lagi pengunjung dari Malaysia, Marfika Adnan Haris Fadzilah turut menzahirkan keterujaannya apabila dapat melihat hasil seni dari seluruh dunia yang dipertonton dan dijual pada ekspo berkenaan.

“Ekspo ini sangat menarik, pelbagai hasil seni dan kraftangan dari seluruh dunia dapat dilihat di sini. Walaupun saya datang ke China, tapi saya tetap dapat melihat keunikan dari negara lain juga seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand.

“Selain itu, apa yang buat saya lagi teruja apabila terdapat reruai jualan produk Malaysia di sini, ada kopi, teh tarik, oat dan sarang burung walet. Saya sendiri juga tidak melepaskan untuk membeli produk ini sebagai tanda sokongan kepada peniaga tersebut,” katanya sambil memberi cadangan agar program sedemikian terus diperbanyak supaya dapat melibatkan penyertaan lebih banyak negara.

Sementara itu, Fabio dari Itali yang telah menetap selama empat tahun di China turut positif bahawa pameran itu akan membawa lebih banyak kedatangan pelawat sepanjang hujung minggu ini dan juga pada percutian Pesta Kuih Bulan, Isnin dan Selasa depan.

Selain elemen teknologi dalam produk seperti robot kecerdasan buatan (AI), basikal kegunaan tertutup, BEIJING PASS pelbagai bentuk, serta acara-acara sisipan di dalam dan luar pameran juga menarik kedatangan ramai pelawat.

Foto ini memperlihatkan sekumpulan kanak-kanak bersaing mempamerkan skil tarian masing-masing pada acara sisipan Pertandingan Tarian Jalanan Elit Belia 2024 di Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Shougang. (People’s Daily Online/Yang Chunyan)
Foto orang awam mengambil gambar robot kecerdasan buatan (AI) yang sedang berkomunikasi pengunjung pada Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Shougang. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri)
Pempamer memberi demonstrasi tentang permainan realiti terimbuh (VR) kepada pengunjung pada Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Shougang. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri)
Bukan sekadar kipas. Kipas keluaran One Card All Pass ini boleh digunakan oleh pelancong yang menggunakan kad prabayar BEIJING PASS bagi membuat transaksi pembayaran di pelbagai tempat termasuk tempat tarikan pelancong dan perkhidmatan pengangkutan awam seperti subway, teksi dan bas. Untuk menggunakannya, pengguna yang perlu mengimbas di bahagian pemegang kipas di tempat pembayaran. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri)
Patung panda comel keluaran One Card All Pass ini boleh digunakan oleh pelancong yang menggunakan kad prabayar BEIJING PASS bagi membuat transaksi pembayaran di pelbagai tempat termasuk tempat tarikan pelancong dan perkhidmatan pengangkutan awam seperti subway, teksi dan bas. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri)
Acara sisipan sukan ‘bola sepak pingpong’ menjadi tarikan pengunjung semasa Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Shougang. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri)
Pengunjung menghayati permainan realiti terimbuh (VR) semasa Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Shougang. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri)
Seorang pengunjung mencuba menggunakan basikal kegunaan tertutup sambil memakai baju tradisional semasa Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Shougang. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri)
Pengunjung disajikan dengan Persembahan Opera Peking Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Shougang. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri)

Video

Berita Berkaitan