- Lain-lain
Artikel Xi Terbitan Jurnal Qiushi: Tingkatkan Kualiti dalam Rancakkan Pengambilan Pekerja
"Meningkatkan kualiti dalam merancakkan pengambilan pekerja", diangkat sebagai tajuk bagi satu artikel Presiden China, Xi Jinping, yang diterbitkan dalam Jurnal "Qiushi" edisi ke-21 pada hari ini.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dalam artikel itu menyifatkan meningkatkan kualiti dalam merancakkan pengambilan pekerja sebagai misi baharu apabila mara ke era baharu.
“Adalah perlu terus mengamalkan konsep pembangunan yang berpaksikan rakyat, dan menekankan kebebasan individu sepanjang pengambilan pekerja, serta penyelarasan antara permintaan dan pembekalan pasaran, dasar insentif dan program keusahawanan.
“Hendaklah memangkin agenda pemerkasaan negara dan kebangkitan bangsa melalui pemodenan ala China yang bertunjangkan peningkatan kualiti dan kuantiti dalam bidang pengambilan pekerja,” memetik artikel itu.
Artikel itu juga menegaskan keperluan untuk memastikan sektor pengambilan pekerja terus mendapat layanan keutamaan.
“Usaha perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dari segi struktur, mengemaskini pelaksanaan dasar keutamaan untuk kumpulan rentan, memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan terhadap sistem dan mekanisme dalam bidang pengambilan pekerja dan meningkatkan perlindungan terhadap hak dan kepentingan golongan pekerja,” menurut artikel itu.
Antara aspek lain yang disebut dalam artikel itu ialah mempercepatkan pembinaan sistem teori China tentang pengambilan pekerja, menambah liputan yang memberangsangkan di negara ini, dan meningkatkan hak bersuara dan pengaruh negara di arena antarabangsa.
- Wacana Xi mengenai Kesihatan China Diterbitkan
- 'Classic Quotes by Xi Jinping' Mula Disiarkan di Rusia
- Ucapan Xi Sempena Ulang Tahun ke-70 NPC Diterbit
- Artikel Xi Mengenai Keyakinan Diri dan Kemandirian akan Diterbitkan di Majalah Qiushi
- Artikel Presiden Xi Disiar Media Tajikistan
- 'Classic Quotes by Xi Jinping' Disiar di Kazakhstan
- 'Bacaan Terpilih dari Karya Xi Jinping' Edisi Bahasa Perancis, Rusia, Arab dan Sepanyol Diterbitkan
- Buku Petikan Wacana Xi mengenai Keselamatan Tenaga Diterbitkan
- "Classic Quotes by Xi Jinping" Edisi Antarabangsa Disiarkan Media Perdana Perancis
- "Classic Quotes by Xi Jinping" Edisi Antarabangsa Disiarkan Media Perdana Hungary