Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Botswana Duma Boko

(CRI)Rabu 06 November 2024

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Duma Boko yang dipilih sebagai Presiden Botswana, pada Selasa.

Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa hubungan China-Botswana mengekalkan momentum perkembangan yang baik, dan kerjasama kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang memuaskan dalam pelbagai sektor seperti pembinaan prasarana, tenaga bersih, perubatan dan kesihatan.

"Saya mementingkan hubungan China-Botswana dan komited berusaha bersama dengan Tuan untuk mengintensifkan perkongsian strategik agar membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata Xi.

Video

Berita Berkaitan