- Lain-lain
Pewaris Kemahiran Anyaman Permaidani Tibet Luang Berdekad Masa Turunkan Ilmu
Yang Yongliang bekerja di bengkelnya, dengan objektif untuk menurunkan ilmu anyaman permaidani Jiaya Tibet di bandar Shangxinzhuang, daerah Huangzhong, Xining, ibu kota Provinsi Qinghai. (Qinghai Daily/Jia Hong)
Yang Yongliang, 62, merupakan pewaris permaidanai Jiaya Tibet yang mengabdikan masanya terhadap kraf tradisional tersebut selama lebih lima dekad di bandar Shangxinzhuang, daerah Huangzhong, Xining, ibu kota Provinsi Qinghai.
Sebagai pewaris generasi ketujuh dalam keluarganya, Yang mula belajar daripada ibu bapanya ketika berusia 8 tahun, dengan antara kemahiran yang dipelajarinya adalah memilih bulu, menganyam dan mewarnakan benang.
Ketika berumur 14 tahun, dia mula mereka bentuk corak yang digabungkan dengan gaya moden dan elemen tradisional, serta berjaya melengkapi diri dengan semua proses kemahiran hanya setahun selepas itu.
Yang berkata bahawa terdapat banyak langkah dalam menghasilkan permaidani Jiaya Tibet, dengan melibatkan 70 varieti disepanjang 14 proses utama.
Dia turut memilih untuk menggunakan bulu biri-biri endemik di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan mengekalkan kaedah pewarna tradisional menggunakan tumbuhan dan mineral semula jadi untuk membuat permaidani Jiaya Tibet.
Secara tradisinya, kemahiran telah diturunkan secara eksklusif kepada pewaris lelaki. Yang telah memecahkan tradisi dengan mengajar kemahiran itu kepada isteri, perantis, dan rakan sekampungnya. Kini lebih 100 isi rumah luar bandar terlibat dalam industri permaidani Tibet.
Sebagai pewaris peringkat kebangsaan, Yang telah menawarkan latihan percuma untuk petani dan penggembala, dan dari 2006 hingga 2023, dengan melatih lebih 1,500 orang setiap tahun. Pada 2011 dia turut menubuhkan bengkel yang bertujuan untuk menurunkan ilmu kemahiran menganyam permaidani Jiaya Tibet.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yang telah berkhidmat sebagai penasihat teknikal di beberapa perusahaan, menawarkan sokongan teknikal dari segi permaidani Tibet buatan tangan.
"Pada masa lalu, membuat permaidani adalah untuk kelangsungan hidup, tetapi kini, ia untuk memastikan kraf ini berterusan," kata Yang.
Difahamkan, belia dari kawasan lain turut datang ke situ untuk mempelajari kraf tersebut, sekali gus membuatkan Yang gembira dengan minat yang ditonjolkan.
"Saya hanya bertanya dua perkara daripada mereka: satu ialah berkongsi keindahan permaidani Tibet dengan komuniti mereka, dan satu lagi ialah berfikir secara kreatif tentang cara membangunkan kraf itu dengan cara baharu," jelas Yang.
Pada Oktober, Lai Ruoyan, dari Akademi Seni Visual Shanghai, belajar di institut itu selama seminggu. Selepas kursus, dia terus berunding dengan Yang secara dalam talian dan berkongsi karyanya.
Kagum dengan kreativiti orang muda, Yang menyifatkan bahawa golongan itu mempunyai banyak idea dan sangat membantu.
Terdahulu, daerah Huangzhong yang merupakan kawasan sasaran bantuan daripada Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar itu telah menjemput Universiti Tsinghua untuk membantu merancang pembangunan industri permaidani Tibet Jiaya. Kerjasama dengan Tsinghua telah membawa kepada barisan produk baharu dan pemasaran secara penstriman langsung.
Tahun lepas, Yang mengetuai pasukannya ke Wilayah Autonomi Xizang, Shandong, Beijing dan Nepal untuk meneroka arah baharu bagi kraf tradisional itu.
“30 tahun yang lalu telah menyaksikan lebih banyak jenis permaidani Tibet buatan tangan, termasuk produk budaya kreatif, sekali gus menandakan pembangunan kukuh permaidani Jiaya Tibet,” kata Yang.
Dengan anak dan menantunya menyertai perniagaan keluarga, Yang berkata dia dan keluarganya akan terus menghasilkan permaidani Jiaya Tibet yang lebih menarik.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin