- Lain-lain
Petani Afrika Terima Manfaat Projek Halaman Belakang Teknologi Sains China
Sejak 2009, China telah melancarkan lebih daripada 1,800 projek halaman belakang sains dan teknologi, iaitu inisiatif pertanian berasaskan komuniti yang bertujuan untuk membawa pelajaran di dalam bilik kuliah ke sawah.
Kesemua program tersebut menjadi pendorong utama dalam menghidupkan semula kawasan luar bandar di China, dan ia kini berkembang ke Afrika yang sedang berusaha untuk menambah baik amalan pertanian selain membantu petani tempatan.
Baru-baru ini, projek halaman belakang sains dan teknologi China-Afrika telah didirikan di kampung Suxiaoying, kaunti Quzhou, Provinsi Hebei, utara China.
Menurut Profesor Zhang Fusuo dari Universiti Pertanian China, pihaknya telah mewujudkan ladang demonstrasi dan memperkenalkan teknologi seperti pengairan titisan, pembajakan dalam, dan penggunaan baja organik dan bukan organik, sekali gus menangani isu-isu seperti pemecahan tanah ladang, teknik pertanian lapuk, dan kecekapan pengeluaran yang rendah.
Pada 2009, Zhang yang juga tenaga pengajar di Akademi Kejuruteraan China bersama-sama dengan pasukannya telah memperkenalkan projek halaman belakang sains dan teknologi yang pertama di Quzhou.
Sejak itu, tenaga pengajar dan pelajar tahun akhir Universiti Pertanian China telah bekerjasama dengan petani tempatan untuk membantu menghidupkan semula kawasan luar bandar dengan menangani cabaran-cabaran praktikal.
Foto Zhang Fusuo sedang memberi kuliah di sawah padi di kaunti Quzhou, Provinsi Hebei, utara China. (People’s Daily Online/Li Yihuan)
Menurut beliau, terma halaman belakang sains dan teknologi itu telah diajukan oleh petani tempatan itu sendiri.
Mengimbau semula pengalaman tersebut, Zhang berkata bahawa pasukannya membuat keputusan untuk menempatkan semula bilik kuliah dan makmal ke sawah, serta menyewa halaman kecil daripada petani.
Jelasnya, dengan tinggal bersama petani, mereka dapat menemukan masalah dan menyelesaikannya dengan kaedah yang praktikal, dan ia mengajar para pelajar denga keadaan realiti.
Walhasil, para petani berasa lebih dekat dengan halaman tersebut, sekali gus mewujudkan terma halaman belakang teknologi dan sains.
Zhang berkata, projek tersebut mula mendapat perhatian di China sekitar 2019, dan menarik minat dari beberapa organisasi antarabangsa yang terlibat dalam bantuan jangka panjang di Afrika.
Mengambil semangat Inisiatif Jalur dan Laluan serta kerjasama China-Afrika, pihaknya menginisiatifkan projek tersebut, dengan matlamat untuk berkongsi kepakaran China dalam skala global.
Foto ihsan individu yang diwawancara ini memaparkan ‘pelajar pakar’ (pertama dari kiri) di halaman belakang teknologi dan sains di kaunti Quzhou, Provinsi Hebei, utara China.
Profesor itu turut berkongsikan cabaran untuk mewujudkan projek itu di Afrika, dan keputusan untuk membuat projek tersebut adalah berdasarkan hasrat utama iaitu membangunkan bakat sebagai langkah pertama.
Difahamkam, pelajar Afrika diundang untuk belajar di China selama setahun, kemudiannya kembali ke Afrika untuk pengalaman praktikal berdasarkan keperluan temaptan, sebelum kembali semula ke China untuk pembentangan tesis.
Tambah Zhang, ramai pelajar Afrika teruja untuk mengetahui tentang pengalaman China dalam memastikan keperluan makanan terhadap lebih 20 peratus populasi global dapat terjamin meskipun hanya memiliki 9 peratus daripada keseluruhan tanah boleh digunakan dari seluruh dunia.
Foto ihsan dari Zhang Fushuo ini memperlihatkan beliau sedang melihat keadaan pertumbuhan gandum di kaunti Quzhou, Provinsi Hebei, utara China.
Zhang menyatakan bahawa projek halaman belakang sains dan teknologi di Afrika adalah sama dengan di China, kerana kedua-duanya memberi perkhidmatan kepada isi rumah petani berskala kecil dengan tanah yang terhad dan bergantung kepada buruh kasar.
"Kami boleh berkongsi pengalaman dan amalan pembangunan pertanian ini dengan dunia untuk mempamerkan kejayaan pertanian China," kata Zhang.
Sejak penubuhannya pada 2019, inisiatif sains dan teknologi China-Afrika telah menerima lebih 90 pelajar pertanian dari 12 negara Afrika. Lebih daripada 30 alumni telah menubuhkan lima halaman belakang sains dan teknologi di seluruh Afrika.
Tahun ini, 90 petani koperasi dari tiga halaman belakang sains dan teknologi di Afrika menuai jagung dengan purata hasil 8 tan sehektar, menandakan peningkatan tiga kali ganda daripada tahun-tahun sebelumnya.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Belia di Shanghai Tanam Salad Dalam Bekas, Galakkan Pertanian Menegak
- Hotan Terokai Teknologi Penting Untuk Pembiakan Pantas
- Wartawan Mesir Kagum Lihat Mesin Perah Susu Berputar di China
- Kerjasama dengan China Bantu Afrika Wujud Pemodenan Pertanian: Presiden Madagascar
- Orang Muda Nadi Baharu Pertanian China
- Rantingnya Penuh dengan Epal dan Petani Buah Gembira dengan Hasil Tuaian