- Lain-lain
Kukuhkan Perkongsian Strategik China-Jerman dari Perspektif Jangka Panjang - Xi
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di luar Sidang Kemuncak Pemimpin G20 yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada Selasa.
Xi menegaskan bahawa sebagai entiti ekonomi kedua dan ketiga terbesar dan negara yang berpengaruh penting di dunia, China dan Jerman perlu mengukuhkan perkongsian strategik yang komprehensif dari perspektif jangka panjang supaya dapat melakar pencapaian baharu berdasarkan kerjasama yang sama menang.
Xi berkata China berusaha memastikan kesungguhan dan kelancaran terjamin dalam pelaksanaan dasar berkait Jerman, yang dilihat sebagai rakan kongsi penting dalam menggalakkan pemodenan ala China dan akan terus menyediakan peluang pasaran yang luas untuk sektor korporat Jerman.
“China dan Jerman harus memberi tumpuan kepada meningkatkan kerjasama melalui usaha pendigitalan, kecerdasan buatan dan tindakan rendah karbon, dan berganding bahu untuk meneroka pasaran pihak ketiga demi kerjasama menang-menang.
“China menganggap Eropah sebagai satu polar penting dalam multipolarisasi dunia, dan komited untuk bekerjasama dengan Eropah untuk bersama-sama menangani cabaran dan menggalakkan perkembangan hubungan China-EU yang mantap, stabil, dan sihat.
“Isu EU mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik buatan China yang diimportnya menarik perhatian di seluruh dunia. China berpendirian konsisten dalam menyelesaikan perselisihan melalui dialog dan perundingan, dan berharap Jerman terus memainkan peranan penting dalam hal ini,” kata Xi.
Olaf Scholz pula menegaskan peri pentingnya meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara Jerman dan China di sebalik situasi antarabangsa semasa yang rumit.
“Jerman berharap untuk mengembangkan lagi perkongsian strategik yang komprehensif dengan China, memperbanyak dialog dan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan menyemarakkan semangat kesaksamaan, kejujuran dan saling menghormati untuk menyelesaikan perselisihan secara berhemah, mewujudkan situasi yang saling menguntungkan dan sama menang, sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi global serta kemakmuran bersama.
“Jerman berharap EU dan China dapat menyelesaikan isu kenderaan elektrik secepat mungkin melalui dialog dan rundingan, dan pihak Jerman bersedia untuk melakukan usaha proaktif dalam hal ini,” katanya.
Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu hangat seperti krisis Ukraine dan situasi di Asia Barat.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Xi Bertemu Presiden Mexico
- Xi Bertemu PM Australia
- Xi Seru Sinergi Bina Dunia Adil yang Maju Bersama
- Xi Bertemu PM Britain
- Xi Seru Bina Sistem Tadbir Urus Global Yang Adil, Saksama
- Artikel Presiden Xi Disiarkan di Media Brazil
- Xi Tiba di Rio de Janeiro untuk Sidang Kemuncak G20 dan Lawatan Rasmi
- Perdagangan China-Jerman Didorong ke Arah Lebih Optimum dan Seimbang - PM Li
- Pemimpin China, Jerman Bincang Krisis Ukraine
- China, Jerman Komited Eratkan Hubungan Bilateral Rancakkan Pertukaran