- Lain-lain
Atlet Cilik China Dinobatkan Juara Trek Pam Kebangsaan
Siri Trek Pam China 2024, sukan berbasikal BMX, telah melabuhkan tirainya di Taman Trek Pamp Antarabangsa Shenyang di Provinsi Liaoning baru-baru ini.
Pada acara pusingan akhir, kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, Sun Xiaoxiao telah dinobatkan sebagai juara. Disebalik kejayaannya itu, dia pernah dikejarkan ke hospital pada sebulan yang lalu selepas mengalami kecederaan sewaktu latihan.
Parut yang tertinggal pada dagu Sun Xiaoxiao. (Foto oleh Qiu Yuzhe)
Ketika diwawancara People’s Daily Online, ibu kepada Sun, Xing Chuanling turut membawa wartawan untuk melihat almari trofi dan pingat dimenangi oleh anaknya itu dalam tempoh setahun lalu, yang mengandungi 10 trofi dan pingat yang pelbagai saiz.
Aksi Sun Xiaoxiao yang sedang menjalani latihan. (Foto oleh Qiu Yuzhe)
Untuk rekod, kanak-kanak itu baru terlibat dalam sukan tersebut pada 1 tahun 3 bulan.
Jurulatihnya, Yang Junwei berkata bahawa pada awalnya, Xiaoxiao menunggang di trek dalam tempoh lebih 50 saat setiap pusingan, dan ia kemudiannya berkurangan kepada 35 saat setelah dia melalui sesi latihan yang sistematik.
Aksi Sun Xiaoxiao yang sedang menjalani latihan. (Foto oleh Qiu Yuzhe)
Dalam satu pertandingan di Yantai, Provinsi Shandong pada Ogos, kanak-kanak itu dilihat sebagai kuda hitam, dan seterusnya mengejutkan orang ramai apabila memenangi kejuaraan itu.
Wakil Taman Trek Pamp Antarabangsa Shenyang, Liu Xu berkata bahawa pada masa itu, kumpulan Shenyang tidak begitu popular, malah penyertaan peserta dari Shenyang juga tidak diambil serius oleh pihak lawan.
Dengan status Xiaoxiao yang semakin popular dalam pertandingan yang seterusnya, ia sekali gus memberikan lebih banyak harapan.
Pada masa sama, dia juga menjadi kanak-kanak contoh di dalam pasukan Shenyang. Kisah penuh keterujaan itu turut menarik minat lebih ramai kanak-kanak untuk menyertai kumpula Shenyang, dengan umur paling tua adalah 13 tahun, semetera paling muda pula adalah 4 tahun.
Mengikut jurulatihnya lagi, Xiaoxiao juga mempunyai kecergasan fizikal yang sangat bagus dalam kalangan anggota pasukan lain, dan dia mengekalkan mod pecutan disepanjang proses latihan, selain mempunyai displin yang tidak berbelah bagi.
Seperti kebiasaan, keputusan untuk bersaing dengan pemain tempatan yang mempunyai kumpulan umur sama juga sentiasa tidak boleh dijangka. Tanggal 26 Oktober, Xiaoxiao berada di belakang Zhou Yingmei dengan catatan masa 34.513 saat, seterusnya menduduki tempatan kedua meskipun berbeza masa hanya 1 saat.
Ketika ditanya oleh wartawan sama ada dia berasa bosan dalam sukan itu, Xiaoxiao menafikannya dengan memberitahu bahawa aktiviti itu adalah satu-satunya perkara yang membuatnya gembira, sambil turut berazam untuk menduduki ranking pertama di dalam negara.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Ledakan Sukan di China Cipta Peluang Kerja Baharu
- Diabolo Lahirkan Rakyat Berbadan Sihat
- Chongqing, “Bandar Pergunungan” Tempat untuk Parkur
- Kejohanan Luncur Layang-layang Kebangsaan 2023 Buka Tirai di Hainan
- Berkhemah Kembali Rancak di China
- Sukan Asia Hangzhou Lancarkan Pembawa Obor Digital
- Jalankan Sukan Ekstrem Hayunan Tali Tinggi di Zhangjiajie, Hunan