- Lain-lain
CISCE Ke-2 Saksikan 1.3% Peningkatan Potensi Pembeli
Ekspo Rantaian Pembekalan Antarabangsa China (CISCE) Ke-2 yang menutup tirainya di Beijing pada Sabtu telah menyaksikan penglibatan 620 syarikat dari 69 buah negara, rantau dan pertubuhan antarabangsa, sekaligus menyaksikan peningkatan potensi pembeli 1.3 peratus berbanding eidisi yang pertama melibatkan lebih 210 memorandum dan perjanjian kerjasama yang bernilai RMB152 bilion (RM93.35 bilion).
Naib Ketua Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), Zhang Shaogang berkata, ekspo kali ini berperanan menyambung rantaian bahagian hulu, tengah dan hilir, meningkatkan ketersambungan antara perusahaan besar, sederhana dan kecil, menyelaraskan sektor pengeluaran dengan sektor penyelidikan, serta merancakkan interaksi antara syarikat dari dalam dan luar negeri, dan sudah membuahkan hasil yang besar dalam memperluas "rantaian rakan", memperkukuh "rantaian inovasi" dan membentuk rantaian "menang-menang".
Sementara itu, ratio pempamer dari seberang laut juga meningkat kepada 32 peratus pada tahun ini daripada 26 peratus pada edisi tahun lalu. Antaranya, separuh jumlah pempamer dari Eropah dan Amerika serta separuh lagi dari lebih 40 buah negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan. Sektor korporat dari pelbagai negara bersama-sama menunjukkan aspirasi untuk mengeratkan kerjasama rantaian pembekalan industri yang dipercayai boleh membawa situasi sama untung.
Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?