Xi Ucap Tahniah Persidangan Perubatan Tradisional Sedunia

(CRI)Selasa 03 Disember 2024

Presiden Xi Jinping mengirim surat tahniah sempena perasmian Persidangan Perubatan Tradisional Sedunia 2024 di Beijing pada Selasa.

Xi berkata China sentiasa mementingkan pembangunan terselaras perubatan moden dan tradisional serta giat menggalakkan pemodenan dan pengindustrian perubatan tradisional Cina (TCM).

Beliau turut meluahkan kesediaan China bersama semua pihak untuk meningkatkan saling belajar dalam bidang perubatan tradisional dan mendorong pengintegrasian perubatan tradisional dalam sistem kesihatan global.

China juga sedia menyumbang ke arah transformasi kreatif dan pembangunan inovatif budaya perubatan tradisional sehingga memberi limpahan manfaat kepada rakyat semua negara, tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan