- Lain-lain
Dorong Pembinaan Berkualiti secara Komprehensif dalam Pelaksanaan BRI - Xi
![]() |
Hendaklah mengukuhkan keyakinan dari segi strategi serta bertindak berani memikul tanggungjawab untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah dalam pembinaan bersama di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada simposium keempat mengenai gerak kerja pembinaan BRI di Beijing pada Isnin.
Xi berkata bahawa peluang dan cabaran terwujud pada masa yang sama dalam menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi di bawah kerangka BRI di sebalik situasi dunia yang pasca normal yang diselubungi kekalutan.
“Pelaksanaan BRI yang menekankan pembinaan bersama telah memasuki satu fasa baharu yang sinonim dengan pembangunan berkualiti tinggi.
“Pelbagai pihak perlu untuk melaksanakan secara komprehensif dan tepat konsep pembangunan baharu, mempercepatkan pembentukan Paradigma Pembangunan Baharu, berpegang kepada prinsip dan panduan ‘berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi’, yang bersifat terbuka, hijau, bersih, mampan, berspesifikasi tinggi dan berpaksikan rakyat.
“Selain itu, perlu meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan projek mega yang ikonik dengan projek kecil-kecilan yang berkaitan dengan hidup rakyat,” kata beliau.
Xi juga menekankan peri pentingnya untuk memperhebat pembinaan mekanisme yang berkualiti tinggi dalam kerangka BRI dan menambah baik mekanisme perancangan, penyelarasan dan pengurusan dalam kerjasama berkenaan.
“Hendaklah memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan melalui pembinaan bersama yang berkualiti tinggi di bawah BRI ,” kata Xi.
![]() |
![]() |
- Xi Seru Sinergi Bina Dunia Adil yang Maju Bersama
- 34 Negara Jadi Anggota kepada Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI
- Pelaburan Langsung Syarikat China ke Negara Terlibat BRI Melebihi USD330 Blilion
- Forum Kemuncak BRI ke-9 Capai Hasil Memberangsangkan
- Chengdu Jadi Tuan Rumah Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2024
- Seychelles Hargai Bantuan Kapal Hospital "Peace Ark", Kata Presiden Ramkalawan
- Pakistan Boleh Ambil Contoh dari Pembangunan China - PM Shehbaz
- China Mahu Tingkatkan Kerjasama BRI, Berkualiti Lebih Tinggi
- Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan Praktik Penting BRI
- Pasaran Padi Hibrid Berkembang di Asia