- Lain-lain
Menteri Luar China, Chile Adakan Rundingan
![]() |
China dan Chile hendaklah memperkasakan penyelarasan strategi pembangunan masing-masing supaya mengangkat Chile sebagai teladan kerjasama Jalur dan Laluan berkualiti tinggi antara China dan Amerika Latin.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam rundingan dengan rakan sejawatnya dari Chile Alberto van Klaveren Stork di Beijing, pada Rabu.
Wang turut menzahirkan kesediaan China untuk bersinergi dengan Chile bagi melaksanakan dengan baik konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara demi mendorong perkongsian strategik komprehensif China-Chile ke satu tahap baharu.
Van Klaveren Stork pula berkata, Chile sudi berusaha bersama dengan China untuk memelihara perdagangan bebas dan ekonomi terbuka, di samping menentang fahaman perlindungan dan unilateralisme.
Beliau menekankan bahawa Chile menyokong China menganggotai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA).
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Teroka Pasar Malam di Shenzhen
Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China