Institusi Kewangan Asing Percepat Usaha Teroka Pasaran China

(CRI)Ahad 08 Disember 2024

Keterbukaan bertaraf tinggi sektor kewangan China terus diperluas dengan pelaksanaan siri langkah dan inisiatif berkenaan.

Ia bukan sahaja membantu syarikat domestik mengembangkan sayap di luar negara, tetapi juga membawa masuk modal asing untuk menyertai pembangunan pasaran kewangan negara Tembok Besar.

Sejak awal tahun ini, pelbagai inisiatif dilaksana kerajaan China ke arah mendorong keterbukaan sektor kewangan, antaranya menyempurnakan mekanisme kesalinghubungan pasaran bon yang dilihat menawarkan lebih banyak saluran pelaburan untuk pelabur asing, sekali gus memperkukuh keyakinan modal asing bagi memegang aset dalam bentuk Renminbi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, institusi kewangan modal asing mempercepat usaha meneroka pasaran China susulan akses pasaran bagi sektor perkhidmatan kewangan negara ini terus dilonggar.

Data berkenan menunjukkan aset keseluruhan bank modal asing di China mencecah 3.87 trilion yuan (RM 2.35 trilion) setakat penghujung bulan Jun.

Di samping itu, aset keseluruhan syarikat insurans modal asing di China mencecah 2.67 trilion yuan (RM 1.62 trilion).

Video

Berita Berkaitan