BRI Inisiatif Demi Kemakmuran Bersama, kata PM Nepal

(CRI)Isnin 09 Disember 2024

Perdana Menteri Nepal, Khadga Prasad Sharma Oli berkata Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) disambut baik oleh banyak negara kerana ia bertujuan untuk mewujudkan kemakmuran bersama dan mendorong negara-negara lain untuk maju bersama.

Nepal sebagai negara yang mengambil bahagian dalam pembinaan BRI juga memperoleh banyak manfaat, kata Oli ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) sempena lawatannya ke China baru-baru ini.

Oli menyatakan ini lawatan kali ketiga beliau ke China sebagai perdana menteri Nepal.

"Presiden Xi Jinping menerima kunjung saya pada 3 Dis. Kami telah bertukar-tukar pendapat tentang isu dua hala dan mencapai konsensus yang meluas," kata Oli.

Dalam rangka kerjasama BRI, Nepal dan China telah menandantangani sembilan hingga sepuluh perjanjian penting.

Nepal dan China menjalinkan hubungan diplomatik pada 1 Ogos 1955, dan sejak itulah hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara kian erat.

Pada tahun 2019, Presiden Xi mengadakan lawatan negara ke Nepal, dan hubungan China-Nepal ditingkatkan ke tahap perkongsian strategik turun-temurun menuju ke pembangunan dan kemakmuran.

Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-70 terjalinnya hubungan diplomatik Nepal-China.

Oli menyatakan kedua-dua pihak akan meningkatkan lagi pertukaran lawatan peringkat tinggi, merapatkan pertukaran pendapat serta menjalin hubungan rakan yang saling membantu dan mempercayai.

Video

Berita Berkaitan