China Konsisten Tingkatkan Tahap Keterbukaan Kewangan dari Segi Institusi

(CRI)Sabtu 07 Disember 2024

China yang berada di tengah pemantapan keterbukaan kewangan secara keinstitusian mengalu-alukan institusi kewangan asing dan modal jangka panjang membina perniagaan di negara ini.

Demikian dikatakan Naib Perdana Menteri China He Lifeng ketika ditemui pegawai kanan dari beberapa institusi kewangan antarabangsa seperti BlackRock, Goldman Sachs, Citigroup pada mutakhir ini.

Menurut penganalisis, siri pertemuan tersebut menunjukkan isyarat jelas kepada modal jangka panjang global untuk menggalakkan mereka meningkatkan pelaburan di China, dan dipercayai kondusif bagi memastikan jangkaan ekonomi berada dalam keadaan yang stabil.

Seiring dengan peningkatan tahap keterbukaan sektor kewangan China dari segi institusi yang menfokuskan kepada pengantarabangsaan dan mengikut spesifikasi yang telus sejak tahun 2018, terdapat semakin banyak bon China yang tersenarai dalam indeks arus perdana antarabangsa, menandakan China telah melakar pencapaian yang cemerlang dan berjaya mengharumkan namanya di persada dunia.

Video

Berita Berkaitan