- Lain-lain
Kain Baju Sekolah Sumbangan China Diserahkan kepada Sri Lanka
Majlis penyerahan kain baju sekolah sumbangan China kepada Sri Lanka diadakan di terminal kontena antarabangsa Colombo, pada Selasa.
Sebagai sebahagian bantuan China kepada Sri Lanka pada tahun 2025, sumbangan kain baju sekolah kali ini dijangka akan memberikan manfaat kepada 4.6 juta pelajar tempatan.
Perdana Menteri Sri Lanka, Harini Amarasuriya ketika berucap dalam majlis penyerahan tersebut berkata, negara itu mengutamakan pendidikan yang merupakan salah satu tonggak utama bagi transformasi negara.
Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada China.
Untuk rekod, China mengumumkan program bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Sri Lanka pada tahun 2022 bagi membantu negara itu menangani kesukaran ekonomi semasa.
Dalam kerangka bantuan itu, kain baju sekolah kumpulan pertama dihantar ke Sri Lanka pada Januari 2023.
Pada tahun persekolahan 2023 dan 2024, kain baju sekolah yang disumbangkan China masing-masing mewakili 70 peratus dan 80 peratus daripada permintaan keseluruhan di sekolah awam Sri Lanka.
Untuk kali ini pula, kain baju sekoleh dari China dapat memenuhi 100 peratus keperluan di sekolah awam.