- Lain-lain
Dakwaan "De-risiko" Barulah Risiko Sebenar dalam Rantaian Pembekalan Global
Dakwaan dan perbuatan "de-Sinicization" yang bertopengkan "de-risiko" barulah risiko yang sebenar yang wujud dalam rantaian pembekalan global.
Demikian dinyatakan Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Xie Feng ketika berucap dalam jamuan malam tahunan Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-China (USCBC) pada Rabu.
Beliau berkata, walaupun terganggu oleh amalan perlindungan perdagangan yang menjadi-jadi, China tetap tidak berganjak daripada usaha memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan meningkatkan tahap keterbukaan, dengan konsisten menyasarkan perkembangan hubungan bilateral secara mantap dan berkekalan, dan mengalu-alukan perusahaan negara lain, termasuk AS berkongsi peluang pembangunan.
Dimaklumkan bahawa China sudah menguatkuasakan siri langkah pembaharuan sejak pertengahan tahun ini, seperti melonggarkan akses perusahaan asing ke dalam sektor pembuatan, buat julung kalinya mengendalikan senarai negatif berhubung perdagangan perkhidmatan transnasional di seluruh negara, membenarkan hospital modal asing beroperasi di 9 bandar termasuk Beijing, mengizinkan kemasukan 11 broker sekuriti asing termasuk JP Morgan, di samping terus meningkatkan tahap keterbukaan secara teratur dalam bidang telekomunikasi, internet, pendidikan, kebudayaan dan perubatan.
"Tarif tambahan yang diperalatkan sebagai senjata hanya akan menjadikan pasaran semakin tertutup dan kehilangan peluang," katanya lagi.
- AS Tarik Balik Permit Sebahagian Syarikat Domestiknya Melibatkan Eksport Cip ke Huawei
- China Bantah Sekatan AS ke Atas Tiga Syarikat Domestiknya
- AS Diselar Rosakkan Peraturan Dagangan Global
- AS Digesa Tarik Balik Sekatan Sepihak ke atas Individu dan Syarikat China
- Penyalahgunaan Kawalan Eksport AS Jejaskan Kestabilan Rantaian Pengeluaran dan Bekalan Cip Global
- Rahsia Rantaian Industri Perang Pendapat Umum AS terhadap China
- Sekat Eksport Cip Amalan Membuli: MFA
- AS Kena Sekatan Terhadap Syarikat Penerbangan Fly Baghdad
- PM Malaysia Kritik 'China-phobia'
- Lebihan Kapasiti, Helah Sama Diulang Lagi
- China Umum Tindakan Balas terhadap Kompleks Perindustrian Ketenteraan AS
- China Bantah Keras Peningkatan Tarif oleh AS
- AS Lambungkan Tarif Terhadap Produk Eksport China Dibantah Jerman
- Tinjauan CGTN: Hampir 80 Peratus Kritik AS Pelaksana Sekatan
- China Kecam AS Kena Sekatan Ikut Dusta
- China Bantah EU Masukkan Syarikat China dalam Sekatan
- China Kritik Laporan AS Penuh Pembohongan
- China Failkan Rayuan Berhubung Surcaj Kanada Terhadap Import EV
- China Zahir Kebimbangan terdahap Dasar Sekatan AS
- 'Kumpulan Kecil' Bantut Kemajuan Teknologi : Wakil China