Jelajah Shenzhen-Guangming Piala XDS 2024 Himpun 500 Pengayuh Basikal

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 16 Disember 2024
Jelajah Shenzhen-Guangming Piala XDS 2024 Himpun 500 Pengayuh Basikal
Acara Pertandingan berbasikal Jelajah Shenzhen-Guangming Piala XDS 2024 bermula.

Pertandingan berbasikal Jelajah Shenzhen-Guangming Piala XDS 2024 telah berlangsung di Bandar Sains Guangming pada Ahad, dengan 500 pengayuh basikal dari seluruh dunia termasuk Belarus, Malaysia, Mongolia dan Thailand telah menyertai acara tersebut untuk merebut kejuaraan dalam tiga kategori iaitu profesional, elit dan rakyat biasa.

Hu Haijie, dari pasukan berbasikal Xidesheng Shenzhen telah dinobatkan sebagai juara kategori profesional, dan diikuti oleh Omer Goldstein, dan Dzianis Marchuk yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Difahamkan, perlumbaan tersebut menampilkan kiraan pusingan yang berbeza bagi setiap kumpulan iaitu 10 pusingan untuk kumpulan profesional, serta 5 dan 3 pusingan masing-masing untuk kumpulan elit dan rakyat biasa.

Untuk laluan profesional, pelumba akan mengayuh sejumlah 105 kilometer, iaitu mengelilingi Bandar Sains Guangming yang melalui mercu tanda moden seperti Muzium Sains dan Teknologi Shenzhen serta Taman Sains sebanyak 10 kali.

Sebagai bandar yang terkenal dengan sains, ekologi dan kemanusiaan, Bandar Sains Guangming mempunyai kemudahan yang hebat seperti Taman Hongqiao, Taman Sains, dan Laluan Hijau Dadingling.

Bandar tersebut juga telah menjadi tuan rumah kepada siri acara berprofil tinggi seperti Liga Basikal Bukit China, dan “Piala Guangming” Rentas Selat, dan Perlumbaan Basikal Hong Kong-Macao.

Hu Haijie (tengah) meraikan kemenangan di samping Omer Goldstein, dan Dzianis Marchuk.
Hu Haijie (paling hadapan) menamatkan acara dengan menduduki tempat pertama.
Para pengayuh sedang berlumba.
Para pengayuh sedang berlumba.
Para pengayuh sedang berlumba.

Video

Berita Berkaitan