China Tegas Bela Hak dan Kepentingan Syarikatnya

(CRI)Khamis 19 Disember 2024

China menzahirkan ketidakpuasan dan membantah keras langkah Kesatuan Eropah (EU) memasukkan syarikat China ke dalam senarai "sekatan komprehensif", kata jurucakap Kementerian Perdagangan China dalam sidang media pada Khamis.

Menurut laporan, EU mengumumkan pelan sekatan terkini ke atas Rusia pada 16 Disember, yang buat julung-julung kalinya melibatkan syarikat dan individu China ke dalam senarai “sekatan komprehensif”.

Jurucakap itu menekankan bahawa China menentang sekatan sepihak tanpa asas undang-undang antarabangsa atau mandat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). China akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membela hak dan kepentingan sah syarikat negara ini.

Video

Berita Berkaitan