Kualiti Aset Milik Negara China Menaik Secara Signifikan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 23 Disember 2024

China berjaya menunjukkan pencapaian cemerlang dalam menambah baik kualiti aset-aset perusahaan milik negara (SOE), yang didorong oleh pembaharuan mendalam dan penambahbaikan penyeliaan, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.

Memetik laporan berhubung penguatkuasaan Undang-undang Aset-aset Perusahaan Milik Negara yang diserahkan untuk perbincangan semasa sesi Jawatankuasa Kuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), SOE menjelang penghujung 2023 tidak termasuk sektor kewangan direkodkan sebanyak RMB371.9 trilion (AS$51.72 trilion).

Pada tahun lalu, pendapatan gabungan SOE seluruh negara dicatatkan sebanyak RMB85.6 trilion, dengan keuntungan keseluruhan sebanyak RMB4.7 trilion, yang mencerminkan peningkatan sehingga tiga kali ganda berbanding 2009.

Menurut Xinhua, laporan tersebut turut mencadangkan tentang penubuhan dan penambahbaikan mekanisma agensi yang dipercayai untuk perusahaan milik negara dan permodalan negara.

Video

Berita Berkaitan