Media Indonesia: China Terajui Revolusi TBB Sejagat

(CRI)Selasa 24 Disember 2024

Menurut laporan akhbar Kompas Indonesia, Agensi Sumber Tenaga Antarabangsa melalui satu laporan tahunannya menunjukkan bahawa dalam senario global yang semakin menumpukan kepada usaha menangani isu perubahan iklim dan keselamatan sumber tenaga, China akan mendahului negara lain dalam bidang sumber tenaga boleh baharu (TBB) dan aplikasi teknologi iklim, terutamanya dalam bidang tenaga suria. Kebergantungan kepada arang batu akan berkurangan dengan ketara berkat usaha China. 

Menurut data berkenaan, tenaga suria China menempati 80% kapasiti pengeluaran TBB di sejagat di sebalik perkembangan pesat pelbagai TBB yang lain seperti tenaga geoterma, kuasa hidro dan kuasa angin. Projek-projek yang berteknologi tenaga suria yang mendapat peruntukan China dalam bilangan besar akan menempati 60% keseluruhan projek TBB di persada dunia pada masa akan datang. Perkembangan pesat China dalam bidang tenaga suria, dan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengeluaran tenaga suria sejagat tidak terlepas dari sokongan jitu yang disediakan kerajaannya, yang sudah pun menjadikan loji janakuasa suria paling besar di dunia beroperasi di Taman Tenaga Suria Padang Pasir Tengger.

Pada masa ini, China dengan lebih 80% syer dalam pasaran panel solar fotovoltaik dunia telah menyerlahkan kehebatan dalam sistem penyimpanan tenaga yang cekap, yang dilihat sangat kondusif bagi transformasi dalam penggunaan sumber tenaga dalam senario global. 

Video

Berita Berkaitan