- Lain-lain
China Mahu Optimumkan Persekitaran Pengguna, Lancar Pelan Tindakan Tiga Tahun
Agensi berita Xinhua pada Isnin melaporkan bahawa China akan melaksanakan pelan tindakan tiga tahun bagi mengoptimumkan persekitaran pengguna mulai tahun depan, dalam usaha untuk memberi rangsangan terhadap penggunaan domestik.
Menurut Pentadbiran Peraturan Pasaran Negara selaku pengawal selia utama pasaran China, mereka akan menambah baik sistem pemprosesan laporan dan aduan, serta menangani isu dalam bidang pengguna secara berkesan.
Ketuanya, Luo Wen berkata bahawa pihaknya mahu memupuk lebih banyak kedai fizikal, pasar, kedai dalam talian, restoran dan tarikan pelancong pada tahun depan.
Untuk rekod, jualan runcit barangan pengguna di China pada 11 bulan pertama 2024 direkodkan mencecah RMB44.3 trilion, iaitu peningkatan sebanyak 3.5 peratus dari tahun ke tahun.
Memetik data daripada Biro Statistik Kebangsaan, jualan runcit barangan pengguna secara dalam talian dicatatkan hampir RMB14 trilion secara keseluruhan, sekali menyaksikan kenaikan sebanyak 7.4 peratus.
- PMI Pembuatan Global Cacat 48.9 Peratus
- 2,000 Belia Sertai Forum Pembangunan Belia Dunia di Beijing
- PMI bagi Sektor Pembuatan China 49.4% pada Julai
- PMI Pembuatan China Catat 50.4 Peratus pada April
- Tiga Indeks Naik Serentak, Papar Ekonomi China Rancak
- PMI Pembuatan China Meningkat ke 50.8%
- PMI Pembuatan China Catat 49.2 Peratus pada Januari
- PMI Perkilangan China 49% pada Disember
- PMI Pembuatan China Naik Untuk Tiga Bulan Berturut-turut
- BAI Industri Bukan Pembuatan China Catat 56.4 Peratus pada April