- Lain-lain
Pelajar di Yunnan ke Sekolah Guna Kereta Kabel Sambil Saksi Pemandangan
Selama berdekad-dekad lamanya para pelajar di Sekolah Rendah Guanzhai, di pekan Puli, bandar Xuanwei, di Provinsi Yunnan mengambil masa selama tiga jam untuk ke sekolah. Kini, mereka hanya memerlukan 30 minit untuk ke sekolah.
Foto pelajar menaiki kereta kabel untuk ke sekolah. (foto/People's Daily Online)
Setiap 10 hari, sembilan pelajar daripada gred berbeza yang diiringi oleh ibu bapa masing-masing, memulakan perjalanan dari kampung Nizhuhe, yang terletak pada ketinggian 1,100 meter, ke Sekolah Rendah Guanzhai, yang terletak pada ketinggian 1,650 meter. Mereka pergi dan pulang menggunakan mod bas ulang-alik, dan kereta kabel.
"Dahulu, saya memerlukan masa lebih tiga jam untuk menemani anak sulung ke sekolah, hanya bergantung pada tangan dan kaki, dengan perjalanan pergi dan balik mengambil masa enam hingga tujuh jam.
“Sekarang, untuk menghantar anak kedua saya ke sekolah. kami mempunyai kemudahan menaiki lif dan kereta kabel, dengan perjalanan dari rumah ke sekolah kini hanya mengambil masa setengah jam. Sekiranya memilih mod pengankutan bas ulang-alik di kawasan permandangan, kami boleh sampai ke sekolah dalam masa seawal 12 minit,” kata Zhao Suzhen, seorang penduduk kampung tempatan.
Orang dewasa menemani pelajar memanjat bukit untuk ke sekolah. (Foto fail)
Terletak di kawasan pemandangan Ngarai Sungai Nizhu iaitu sempadan Provinsi Yunnan dan Guizhou, Sekolah Rendah Guanzha beroperasi sebagai sekolah berasrama penuh, menempatkan 51 pelajar dari darjah satu hingga lima, termasuk sembilan pelajar dari kampung Nizhuhe.
Bertahun-tahun lamanya kampung tersebut seakan-akan terputus dari dunia, dengan tebing yang menjulang tinggi tanpa henti, menjadikannya satu perjalanan yang mencabar bagi pelajar untuk mendaki gunung ke sekolah.
Pada 2015, pekan Puli memotong 3.5 kilometer bahagian yang paling sukar dengan memotong bahagian tapak menggunakan gergaji elektrik, memasang rantai di tebing curam dan batu licin, dan mewujudkan laluan baharu. Selain itu, laluan batu dibina untuk memastikan keselamatan pelajar berjalan ke sekolah.
Seorang dewasa menemani seorang kanak-kanak perempuan memanjat tebing untuk ke sekolah. (Foto fail)
Pada tahun 2016, pekan tersebut terus meningkatkan langkah keselamatan di sepanjang laluan pelajar ke sekolah dengan menambah pagar aloi aluminium dan meletakkan laluan baharu.
Menjelang penghujung 2018, pekan itu terus menarik pelaburan, dan projek lif tebing secara rasmi memulakan pembinaan.
Pada 2022, kawasan pemandangan Ngarai Sungai Nizhu akhirnya berjaya disiapkan, sekali gus membuka akses percuma kepada penduduk kampung tempatan. Gabungan lif persiaran luar setinggi 268 meter dan laluan kereta kabel dengan perbezaan ketinggian hampir 200 meter menjadikan laluan pendakian tiga jam sebelumnya sebelum 2014 menjadi perjalanan selama 30 minit, menjadi "bas sekolah" untuk pelajar tempatan.
- Menglian Hasilkan Lebih 80 Peratus Avokado di China
- Spesies Tumbuhan Baharu Ditemui di Yunnan
- Pengembaraan A Bao Jadi Titik Penting Dalam Usaha Pemuliharaan Gajah
- Festival Obor Diraikan di Chuxiong
- Kempen Membaca ke-3 Dimulakan di Kunming
- Cerita Bergambar Tukang Bersih di Taman Glasier Gunung Salji Yulong
- Orang Ramai Sambut Pesta Songkran di Yunnan
- Etnik Dai Lepaskan Lantera Kongming ke Udara Bagi Perayaan Tahun Baru
- Tempat Awan Putih Jatuh ke Bumi
- Iklim Sederhana Musim Sejuk Yunnan Tarik Ramai Pelancong