China Ambil Tindakan Balas terhadap Tujuh Syarikat Pertahanan AS

(CRI)Sabtu 28 Disember 2024

China mengambil tindakan balas terhadap tujuh syarikat pertahanan Amerika Syarikat (AS) serta pegawai eksekutif kanan yang berkaitan mengikut Undang-undang Antisekatan Asing.

Keputusan berkenaan diumumkan jurucakap Kementerian Luar Mao Ning dalam sidang media pada Jumaat.

Mao berkata AS sekali lagi mengumumkan bantuan ketenteraan bernilai besar dan jualan senjata kepada Taiwan baru-baru ini. Selain itu, Akta Kebenaran Pertahanan Nasional (NDAA) AS bagi tahun fiskal 2025 mengandungi sejumlah perkara negatif mengenai China.

Amalan seumpama melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, mencampuri urusan dalaman China dan menjejaskan kedaulatan serta keutuhan wilayah negara ini.

Beliau berkata perkara mengenai China dalam NDAA penuh dengan mentaliti Perang Dingin dan berbaur prejudis ideologi. Ia juga mencanangkan teori 'ancaman China' dan menggembar-gemburkan sokongan ketenteraan kepada Taiwan bagi mencari dalih untuk menambah belanjawan ketenteraan.

Tambah beliau, China akan terus mengambil segala tindakan yang perlu untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan sendiri.

Video

Berita Berkaitan