Ganding Tangan, Menuju Masa Depan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 30 Disember 2024

Pada tahun 2013, bagi menjawab soalan “ke manakah hala tuju dunia dan apakah yang patut dilakukan oleh manusia?”, Presiden Xi Jinping buat julung kalinya menganjurkan konsep sebuah komuniti berkongsi nasib sesama insan. Pada September tahun yang sama, Presiden Xi Jinping menyarankan pula pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan, suatu gagasan yang mewujudkan wadah praktikal bagi pembinaan komuniti tersebut.

Sepanjang dekad lalu, pembangunan komuniti berkongsi nasib sesama insan telah maju daripada cadangan berbentuk konsep kepada sistem yang saintifik, berkembang daripada inisiatif oleh China kepada konsensus antarabangsa, dan berubah daripada wawasan yang indah kepada pencapaian praktik.

Arus keamanan, pembangunan, kerjasama dan menang-menang tidak dapat dihalang. Negara-negara sedunia sehaluan dan senasib, berdepan ombak yang membadai. Hanya dengan berganding tangan, barulah terlakar masa depan yang lebih baik.

Video

Berita Berkaitan