Bekas Presiden AS Jimmy Carter, Meninggal Dunia pada Usia 100 Tahun

(CRI)Isnin 30 Disember 2024

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Plains, Georgia pada usia 100 tahun.

Sebagai menghormati pemergian bekas presiden negara itu, kerajaan AS akan melangsungkan Istiadat Pengebumian Negara selama tujuh hingga sepuluh hari.

Carter berkhidmat sebagai Presiden AS ke-39 dari tahun 1977 hingga 1981. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, China dan AS telah menjalin hubungan diplomatik secara rasmi. Beliau juga menjadi perantara perjanjian damai antara Mesir dan Israel yang dikenali sebagai Perjanjian Camp David.

Beliau yang juga penerima Hadiah Nobel Keamanan turut menjadi individu penting disebalik perjanjian baharu dengan pemimpin Panama yang memutuskan agar semua tentera AS berundur dan Terusan Panama dipulangkan semula kepada Panama.

Video