Nahas Jeju Air : Identiti 141 Individu Maut Dikenalpasti

(CRI)Isnin 30 Disember 2024

Identiti 141 individu yang maut dalam nahas udara pesawat Jeju Air penerbangan 7C2216 telah dikenalpasti, setakat pukul 8.35 pagi Isnin waktu tempatan.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan (MOLIT) Korea Selatan memaklumkan, semua 179 individu yang terkorban dalam nahas tersebut kini ditempatkan di tempat perlindungan sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.

Jabatan Siasatan akan menghubungi keluarga mangsa sekali lagi selepas selesai proses mengenalpasti kesemua 179 mangsa.

Korea Selatan akan melangsungkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula 29 Disember hingga 4 Januari 2025.

Insiden Jeju Air yang mengorbankan 179 nyawa pada Ahad disifatkan sebagai nahas udara terburuk di Korea Selatan.

Pesawat yang membawa 175 penumpang dan 6 kru itu dilaporkan tergelincir dari landasan sebelum merempuh tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan. Dua kru wanita berjaya diselamatkan dalam kejadian tersebut.

Video

Berita Berkaitan