Pemohonan Perintah Tangkapan Terhadap Yoon Suk-youl

(CRI)Isnin 30 Disember 2024

Pasukan penyiasat Korea Selatan hari ini memaklumkan pihaknya telah memohon Mahkamah Daerah Barat di Seoul untuk mengeluarkan perintah tangkapan terhadap Presiden negara itu, Yoon Suk-youl yang kini berdepan penahanan.

Menurut laporan Agensi Berita Yonhap, pemohonan tersebut merupakan kali pertama dikemukakan terhadap Presiden yang masih menyandang jawatan dalam sejarah Korea Selatan.

Sebelum ini, pasukan penyiasat telah mengusulkan pemohonan sama sebanyak 3 kali kepada Yoon Suk-youl atas dakwaan terlibat dalam kekacauan domestik serta penyalahgunaan kuasa namun pemimpin itu gagal untuk hadir ke mahkamah.

Video

Berita Berkaitan