- Lain-lain
Buku Biru Pembangunan Malaysia 2024 Dilancarkan
Pelancaran buku biru Laporan Pembangunan Malaysia (2024) dan seminar mengenai hubungan China-Malaysia diadakan dengan jayanya. Foto ihsan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU)
Pelancaran buku biru Laporan Pembangunan Malaysia (2024) diadakan secara atas talian pada 28 Disember, serentak dengan seminar mengenai hubungan China-Malaysia. Sidang tersebut dianjurkan bersama oleh Akademi Pentadbiran Serantau dan Global Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), Sekolah Pengajian Asia BFSU, Pusat Pengajian Melayu China BFSU, Pusat Penyelidikan Negara-negara ASEAN Universiti Peking dan Penerbitan Akademik Sains Sosial (SSAP).
Lebih daripada 70 orang pakar, sarjana, pelajar, serta ketua dan penyunting dari syarikat penerbitan kepustakaan sains sosial turut serta.
Atur cara sidang dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu majlis pelancaran buku, penyampaian ucaptama, ucapan oleh pakar dan sarjana, disudahi dengan rumusan dan ucapan penutup acara.
Sidang dipengerusikan bersama oleh Prof. Su Yingying, dekan Sekolah Pengajian Asia BFSU, Prof. Song Qingrun, Prof. Madya Fu Congcong, dan Prof. Zhai Kun, naib ketua Institut Pengajian Wilayah Universiti Peking.
Para peserta sidang pelancaran Laporan Pembangunan Malaysia (2024). Foto ihsan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU)
Prof. Zhao Gang, naib presiden BFSU, dan Ji Xiangde, setiausaha jawatankuasa Parti merangkap pengarah SSAP, masing-masing menyampaikan ucapan.
Prof. Su Yingying menyuarakan penghargaan kepada semua lapisan masyarakat kerana mengiktiraf buku biru tersebut yang disifatkan sebagai manifestasi kebijaksanaan sarjana China dan Malaysia, selain mencerminkan kerjasama ikhlas antara lingkungan akademik kedua-dua negara dalam bidang penyelidikan berkaitan Malaysia. Ia turut menggalakkan komunikasi dan pertukaran lebih mendalam antara pakar dan sarjana bidang berkenaan baik di dalam mahupun luar negeri.
Prof. Zhao Gang pula berkata, sebagai pencapaian ikonik visi “Double First-Class” BFSU dan komponen penting “Siri Buku Biru Penyelidikan Negara dan Rantau”, Laporan Pembangunan Malaysia penting dari segi akademik dan praktik. Pada pandangan beliau, di titik bersejarah tatkala China dan Malaysia menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun ini, Laporan Pembangunan Malaysia (2024) sudah pasti akan memperkaya lagi konotasi ikatan muhibah kedua-dua negara di samping memperluas bidang pertukaran akademik
Ji Xiangde bersependapat bahawa buku biru Malaysia ini adalah sebahagian penting dalam Siri Buku Biru yang menghimpunkan dapatan penyelidikan China mengenai rantau ini. Ia juga satu pencapaian signifikan dari sudut pengajian wilayah, malahan mengatasi had-had bahasa, tulisan serta budaya dan cara fikir yang wujud dalam bidang pengajian berkenaan. Maka, nilai akademik dan praktiknya sangat jelas.
Berlatarbelakangkan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia, Laporan Pembangunan Malaysia (2024) secara sistematiknya membentangkan trend politik, ekonomi, diplomasi dan hubungan China-Malaysia dari tahun 2023 hingga awal 2024. Antara fokusnya termasuklah projek rel laju Malaysia, pembangunan rangkaian 5G Malaysia dan kerjasama kenderaan tenaga baharu China-Malaysia. Perkembangan Malaysia dalam tempoh tersebut dikaji secara menyeluruh menerusi pendekatan tiga dan berbilang dimensi. Ini bukan sahaja membantu pembaca umum meningkatkan pemahaman tentang keadaan Malaysia dalam setahun lalu, tetapi juga memberikan rujukan yang autoritatif kepada pakar, sarjana dan pengamal yang terlibat.
Laporan Pembangunan Malaysia (2024) disusun oleh pakar dan sarjana dari universiti dan institusi terkenal domestik dan asing dengan kerjasama Sekolah Pengajian Asia BFSU, Pusat Pengajian Melayu China, dan Pusat Pengajian Negara-negara ASEAN Universiti Peking. Buku biru ini mengambil perkembangan dan perubahan situasi di dalam dan luar Malaysia sebagai tema utamanya, dan memfokuskan isu-isu politik, ekonomi, diplomasi, budaya, serta hubungan China-Malaysia pada 2023. Kandungannya terbahagi kepada enam bahagian: laporan am, sublaporan, laporan khas, hubungan China-Malaysia, kolum tentang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia, serta lampiran.
- Malaysia-China Youth Leadership Camp 2024 Kukuhkan Hubungan Belia Dua Negara
- Hubungan Malaysia-China Kini Pada Tahap Terbaik, Gastronomi Jadi Penghubung Budaya
- Pembinaan Komuniti Kongsi Masa Depan Malaysia-China Memuncak - wawancara bersama PM Anwar Ibrahim
- Syarikat Malaysia Perlu Manfaatkan CIIE Untuk Kembangkan Pasaran Ke China - CEO MATRADE
- China, Malaysia Sepakat Promosi Kerjasama Maritim
- Dua Kapal Tentera Laut China Melawat Malaysia
- Malaysia Mahu Terokai Lagi Teknologi Baru Muncul di China: Menteri
- Dialog Kerajaan Malaysia, CEO China Diadakan di Nanning
- Sesi Pemadanan Perniagaan B2B China-Malaysia Saksi Terjalinnya Kerjasama Import dan Eksport Durian
- Mengapa Pelajar Malaysia Pilih Universiti China?