- Lain-lain
China Hantar Empat Pakar Bantu Pembangunan Semula Pasca Gempa Vanuatu
Susulan gempa bumi dahsyat yang melanda Vanuatu, China mengambil tindakan pantas dan proaktif menghulurkan bantuan yang diperlukan.
Atas permintaan kerajaan Vanuatu, Jabatan Pentadbiran Gempa Bumi China menghantar empat pakar kejuruteraan ke Port Vila, ibu negara Vanuatu pada Isnin untuk menjalankan tinjauan struktur bangunan di kawasan terjejas, penilaian keselamatan dan penyiasatan bencana sekunder.
Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Isnin.
Beliau berkata, ini merupakan kali pertama China menghantar kumpulan pakar penilaian pasca bencana ke negara di kepulauan Pasifik, yang akan memberikan sumbangan positif kepada pembangunan semula Vanuatu, selepas bencana tersebut.
Mao berkata, kerajaan China juga bersedia untuk terus memberikan bantuan yang bersesuaian berdasarkan situasi semasa akibat bencana dan keperluan sebenar.
Menurut laporan, gempa bumi berkekuatan 7.3 skala richter yang berlaku pada 17 Disember lalu, telah menggegarkan kawasan perairan sekitar Vanuatu, gegaran kuat turut dirasai di kawasan Pelabuhan Vila menyebabkan terdapat struktur bangunan rosak dan runtuh.
- China Serah Dua Kumpulan Lagi Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza
- Pasukan Pakar Perubatan China Tiba di Vientiane
- Bahan Bantuan China Diserahkan kepada Lubnan
- China akan Beri Layanan Tarif Sifar kepada Negara Paling Kurang Membangun
- China Sumbang Dana kepada UNRWA, Tingkat Bantuan ke Gaza
- China Hulur Bantuan kepada Papua New Guinea Tangani Bencana
- Lagi Barang Bantuan Kemanusiaan China untuk Rakyat Palestin akan Tiba di Mesir
- Bahan Makanan Bantuan China Tiba di Cuba
- China Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Nepal
- China Janji Terus Sokong Projek Berpaksikan Rakyat di Luar Negara