- Lain-lain
Xi, Putin Bertukar Ucapan Selamat Tahun Baharu 2025
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin bertukar ucapan Tahun Baharu menerusi pertukaran perutusan hari ini.
Dalam perutusan tersebut Xi mewakili kerajaan dan rakyat China mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Putin dan seluruh rakyat Rusia.
Xi turut menyatakan bahawa tahun 2025 merupakan tahun terakhir perlaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14 China dan Ulang Tahun ke-80 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia. Ujarnya, biarpun situasi antarabangsa berubah, China bertekad untuk memperdalam reformasi secara menyeluruh, memacu modenisasi ala China serta menggalakkan usaha untuk mewujudkan kedamaian dan pembangunan dunia.
Presiden Xi juga percaya kerjasama dengan Rusia dalam pelbagai bidang akan membuka peluang pembangunan baharu.
Beliau juga menyatakan kesediaan untuk memperkukuhkan hubungan komunikasi dengan Putin, mempererat kerjasama dan memperdalam hubungan bilateral China-Rusia era baharu berasaskan hubungan persahabatan yang baik, koordinasi strategik komprehensif, kerjasama saling menguntungkan, menyuntik momentum kepada pembangunan dan kemodenan kedua-dua negara dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta usaha memelihara keadilan antarabangsa.
Pada masa sama Putin juga menyampaikan ucapan tahun baharu dan Selamat Tahun Baharu Cina kepada Xi dan juga mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat rakyat China.
Putin menyatakan beliau bersedia mengekalkan hubungan erat dengan Xi, bersama-sama mendorong perkembangan hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang, memperkukuh penyelarasan dan kerjasama dalam platform multilateralisme termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), BRICS, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Kumpulan 20 (G20). Ini dianggap bukan sahaja memenuhi kepentingan rakyat kedua-dua negara dan juga berfaedah bagi memelihara keselamatan dan kestabilan antarabangsa dan serantau.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Mishustin juga saling menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025.
- China, Rusia Perbanyak Komunikasi dan Penyelarasan dalam Kerangka Pelbagai Hala
- China, Rusia Adakan Rondaan Udara Bersama Kali Ke-9
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Rusia
- China, Rusia Sepakat Pertingkat Koordinasi
- China, Rusia Anjur Pusingan ke-19 Rundingan Keselamatan Strategik
- Makanan Laut dari Rusia Jadi Hidangan Pelanggan China
- Hubungan Rusia-China Berdasarkan Saling Hormat, Kata Putin
- Formasi yang Sertai Latihan Tentera China-Rusia Tiba di Qingdao
- Xi, Putin Bertukar Ucapan Tahniah Ulang Tahun Ke-75 Ikatan Dipomatik
- Tingkatkan Penyelarasan dengan China dari Segi Strategi Pembangunan - Putin